SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Rasda perkasa sektor pertanian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SELANGAU: Agensi Pembangunan Rascom (Rasda) berusaha memperkasa sektor pertanian, selain mengurangkan import makanan asing, termasuk makanan ternakan seperti jagung.

Adun Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, pihaknya kini berusaha membangunkan tanah di kawasan di bawah bidang kuasanya untuk pertanian.

“Kami merancang untuk menanam tanaman yang dapat menghasilkan hasil jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

“Kita mempunyai banyak tanah untuk dibangunkan, cuma masalahnya ada tanah di bawah Pajakan Sementara (PL) Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra),” katanya ketika sidang media Makmal Mini Rasda bagi kawasan Tamin di Dewan Serbaguna, Sungai Bawang, Selangau, pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, Salcra masih belum membangunkan kawasan terbabit termasuk Sekuau, Sungai Tau dan Sungai Arip, Selangau.

Tambahnya, selain menyediakan pembangunan infrastruktur, Rasda turut memberi tumpuan dalam meningkatkan tahap sosioekonomi melalui pertanian lestari dan produk tempatan yang mempunyai nilai tambah.

Menurut Gira, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini mengumumkan penubuhan Rasda pada 18 November 2022 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Baca lain  Komuniti perniagaan labur di M'sia bukti kestabilan negara

“Walaupun pada mulanya Rasda adalah untuk kawasan penempatan semula Rascom seperti Sekuau, Nanga Ngungun, Nanga Jagau dan Nanga Tada, tetapi ia diperluaskan ke kawasan Machan, Ngemah, Tamin dan Kakus,” katanya sambil menambah Makmal Mini Rasda dijangka tersedia pada bulan depan. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru