ARTIKEL

SANTUNI…Dr Sim (kiri) dan Wee Hong Seng (dua kiri) menyantuni penjaja bazar Ramadan Pasar Komuniti Stutong. - Foto Mohd Alif Noni

Rata-rata penjaja bazar Ramadan patuhi standard kebersihan ditetapkan pihak berkuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Rata-rata penjaja bazar Ramadan mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata pegawai kesihatan daripada MBKS dan JKNS juga kerap membuat pemeriksaan bagi makanan, dan persekitaran bazar juga bersih.

“Kita juga sudah tentu meneruskan standard dan memastikan penjual menggunakan apron dan sebagainya.

“Setakat ini, kebanyakan memberitahu gerai di sini (kawasan MBKS) antara yang terbersih,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di bazar Ramadan Pasar Komuniti Stutong di sini, hari ini.

Sebanyak 500 pek bubur lambuk yang disediakan MBKS diagihkan kepada pengunjung yang membeli juadah di bazar tersebut.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, berkata pihaknya sentiasa mengikuti peraturan dan dasar kebersihan yang telah ditetapkan, termasuk peraturan daripada Jabatan Kesihatan.

“Mereka yang beroperasi di sini harus menghadiri kursus pengendalian makanan dan vaksinasi (tifoid). Dua perkara itu harus dipatuhi.

“Dalam masa yang sama, Jabatan Kesihatan juga harus datang untuk membuat pemeriksaan, dan saya berpandangan ia perkara yang baik untuk terus menambah baik seksyen kesihatan ini,” katanya.

BUBUR LAMBUK…Dr Sim (dua kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan Pasar Komuniti Stutong. – Foto Mohd Alif Noni

BERITA LAIN

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,