KONVENSYEN Geneva ditandatangani pada 1949 sebagai rundingan berakhirnya Perang Dunia Kedua 1939-1945, bertujuan mengemas kini terma Perjanjian 1929.
Konvensyen Geneva memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam.
Dalam konvensyen ini termaktub perlindungan terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang.
Perjanjian 1949 diratifikasi oleh 196 negara; mengandungi empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, lantaran menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa berkaitan layanan kemanusiaan semasa tercetus perang.
Memetik Wikipedia, Konvensyen Geneva menyentuh isu tentera dalam perang termasuk hal berkaitan tentera yang sakit dan cedera dan tidak bersenjata yang dikatakan tidak boleh diserang dan mereka hendaklah dilayan dengan baik.
Dan jika ditawan, mereka juga mesti dijaga dengan baik.
Manakala, pihak yang bersengketa hendaklah sedaya upaya mencari dan mengumpul mangsa yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya.
Manakala, mangsa yang maut hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar penuh penghormatan.
PERUBATAN
Sementara itu, butiran diri mangsa hendaklah diberi kepada agensi berkaitan agar saudara-mara mereka dapat dihubungi dengan barangan milik mereka tidak boleh dicuri.
Sementara, anggota perubatan, sama ada perubatan tentera, Bulan Sabit Merah atau Palang Merah, termasuk sukarelawan, atau manamana organisasi bantuan, tidak boleh diserang.
Mereka dibenarkan merawat orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan.
Malah, anggota perubatan dan guru agama boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang.
Mereka pula tidak boleh dianggap sebagai tawanan perang, dan mereka hendaklah dibebaskan apabila tidak diperlukan khidmat mereka.
Konvensyen juga menyebut, semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya mudah dikenal pasti.
Anggota mereka tidak boleh diserang atau dihalang daripada menjalankan operasi.
Manakala, semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan serta maklumat hendaklah dihantar kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat dikesan oleh pihak kerajaan.
Konvensyen juga menyebut, tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat serta tidak boleh diancam seperti dikurung, tidak diberi makanan semata-mata untuk mendapatkan maklumat.
Sebaliknya tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan baik, tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.
Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan.
PERANG
Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat perang diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan.
Orang awam mesti dilayan dengan baik. Agama, adat dan kepercayaan mereka hendaklah dihormati.
Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Mereka yang cedera, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran.
Menyentuh perang IsraelGaza, kritikan pihak tertentu mendapati serangan di Gaza dituding melanggar dasar utama perlindungan bagi kanak-kanak dalam konflik bersenjata seperti termaktub dalam Konvensyen Geneva.
Israel merupakan negara ke-196 meratifikasi konvensyen tersebut pada 6 Julai 1951.
Beberapa fasal protokol Konvensyen Geneva menyebut tanggungjawab memberi perlindungan kepada anak-anak sepanjang waktu perang.
AKSES
Ini termasuk membangun hospital dan zon aman untuk anakanak bawah 15 tahun, memastikan adanya akses bahan makanan asas, pakaian, dan ubat-ubatan bagi anak-anak di daerah terkepung; sehingga perlunya rawatan khusus bagi anak-anak yatim piatu atau terpisah daripada keluarga.
Sejauh mana tanggungjawab semasa perang menurut konvensyen memindahkan anak-anak ke daerah aman dan menyatukan mereka dengan ahli keluarga dilaksanakan puak yang bersengketa.
Justeru, berdasarkan Konvensyen Geneva, sejauh mana Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Den Haag, berkuasa memutuskan pergolakan di Timur Tengah tidak melanggar hukum antarabangsa?
Hal ini memaksa sejumlah aktivis sudah meminta ICC mengambil sikap tegas ke atas perang berlaku di Gaza.
Sebelum ini, ICC sudah memulakan siasatan pada siri perang berlaku di tanah bergolak itu, namun sehingga kini ICC tidak meminta tanggungjawab siapa pun!
Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) vokal mengatakan tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Gaza sebagai melanggar Konvenysen Geneva.
Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menegaskan hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam semberono.
Beberapa tindakan seperti memotong bekalan elektrik, air dan makanan demi keperluan orang awam jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Difahamkan sebelum ini Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengungkit perkara yang sama bahawa terdapat beberapa tindakan dalam konflik Timur Tengah itu melanggar hak asasi manusia!