ARTIKEL

Ratu cantik berhijab Miss Petite Global Malaysia 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PENTAS akhir Miss Petite Global Malaysia 2023 edisi ketiga diadakan di platform Seni Persembahan Menara TTDI Kuala Lumpur, 8 Julai lalu. 

Penganjur Nickson Sim berkata, 14 fi nalis dari seluruh Malaysia datang untuk bertanding bagi edisi ketiga dengan kehadiran seramai 400 penonton.

“Majlis ini merupakan majlis anjuran anak Sarawak yang berpusat di Kuala Lumpur iaitu Tiara Management dan Leading Management.

 “Peserta tiba di Kuala Lumpur sehari sebelum menyertai beberapa aktiviti dan latihan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

• Dari hlm. 1

Peserta tersebut ialah Amierah Nashihin Mohd Fazlan (Terengganu), Hazel Angeline Arthur (Sarawak), Zaty Saufi (Pahang), Sabrina Lee (Sabah), Nik Fatin Fazlina Nik Mohd Rashidi (Kelantan), Nor Rafidah Abdul Karim (Sabah), Moniesha Chatri Rakesh Bahadur Chatri (Pahang), Silohcana Siva Kumar (Kuala Lumpur), Sonia Zizi Jin (Sarawak), Sharifah Nadhirah Syed Badaruddin (Terengganu), Shalene Namasivayam (Selangor), Siti Najmina (Pulau Pinang), Meliora Natasya (Pahang) dan Hema Raman (Negeri Sembilan).

IMPIAN

“Acara kemuncak menyaksikan usahawan dan model bebas, Amierah Nashihin berusia 20 tahun dari Terengganu dinobatkan sebagai Miss Petite Global Malaysia 2023 di Platform Teater Menara KEN Taman Tun Ismail Kuala Lumpur,” katanya.

Baca lain  Cantik, serba boleh

Amierah turut membawa pulang anugerah Miss Media Sosial, Gaun Malam Terbaik, Anugerah Popular dan Anugerah Subsidiari Kesayangan Ramai. 

“Impian saya ingin menjadi jutawan berjaya, jadi saya boleh membantu orang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan,”ujar Amierah. 

Ratu cantik yang murah dengan senyuman terpilih mewakili Malaysia di peringkat akhir Miss Petite Global Antarabangsa 2024. 

Manakala, gelaran naib juara pula dimenangi oleh Siti Najmina yang merupakan pakar dokumen berumur 27 tahun dari Pulau Pinang. 

Siti Najmina turut mendapat Anugerah Subsidiari Miss Fotogenik dan Miss Congeniality.

Manakala, tempat ketiga diterima Sharifah Nadhirah yang juga jurutera elektrik berhijab, 27, dari Terengganu.

Melengkapkan lima teratas sebagai pemenang keempat dan kelima ialah Shalene Namasivayam berusia 26 tahun yang merupakan pensyarah, manakala Zati Saufi ialah pegawai polis berhijab berumur 23 tahun dan masing-masing dari Pahang.

IBAN DAN BIDAYUH

Sementara itu, gelaran Miss Petite Global Borneo 2023 ialah Eksekutif Pemasaran dan Perniagaan, Sabrina Lee, 26, yang ditabalkan oleh Miss Petite Global Borneo 2022, Alya Abdul. 

Baca lain  Ayam percik sekera pantai timur

Sabrina Lee turut menerima Anugerah Miss Beautiful Body dan Anugerah Subsidiari Catwalk Terbaik. Alya akan mewakili Borneo pada peringkat akhir Miss Petite Global Antarabangsa 2024. 

Dalam pada itu, Hazel Angeline Arthur pelajar berusia 20 tahun dari Sarawak memenangi Anugerah Subsidiari Miss Planet Malaysia 2023. 

Malah, gadis kacukan India dan Bidayuh juga layak mendapat Anugerah Subsidiari terbaik dalam temu duga. 

Hazel mewakili Malaysia sebagai Miss Planet Antarabangsa 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada November 2023. 

Selain itu, pihak penganjur juga menganugerahkan Anugerah Pengarah Negeri Terbaik Kepada Dreamworld Management, Wawa Zubir yang menjadi mentor untuk pertandingan dari Wilayah Pantai Timur.

Menariknya, Miss Petite Global Malaysia peringkat akhir kali ini menyaksikan jelitawan berhijab tampil ke depan dengan tiga pemenang yang menjadi antara lima teratas termasuk juara.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU