ARTIKEL

Ratu skuasy negara rangkul gelaran juara di Hong Kong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong semalam.


Sivasangari, pemain ranking ke-22 dunia hanya memerlukan 34 minit bagi menundukkan wakil Mesir Amina Orfi yang merupakan Juara Dunia Remaja 2022 dan 2023 dengan keputusan 11-9, 11-8, 11-5.

Lebih manis, ia merupakan gelaran juara kedua Sivasangari pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Piala Tuanku Mukhriz pada Ogos lepas.


“Sepanjang minggu ini saya rasa sedikit gementar pada pusingan pertama … saya rasa tidak selesa tetapi setiap hari permainan saya bertambah baik dan membawa kemajuan.


Saya amat gembira terutamanya dapat mengatasi pemain berbakat seperti (Amina) ,” kata atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu menerusi klip audio dikongsikan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di laman X.


Sementara itu, hasrat jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow untuk melakar kejayaan sama pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila tewas di tangan wakil Mesir Aly Abou Eleinen.


Eain Yow yang menghuni ranking ke-21 dunia itu dipaksa bermain empat set dan tewas dengan keputusan 6-11, 11-5, 7-11, 7-11.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU