ARTIKEL

Ratusan rakyat Palestin cedera bertempur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 216 rakyat Palestin cedera pada Isnin semasa pertempuran dengan tentera Israel di bandar Nablus Tebing Barat, kata pegawai perubatan Palestin.

Pertempuran sengit berlaku antara penunjuk perasaan dan tentera Israel di kampung Beita, 22 orang ditembak dengan peluru getah manakala berpuluh-puluh lagi terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel, menurut kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Pertempuran tercetus selepas tujuh menteri Israel, 20 Ahli Parlimen Israel dan lebih 17,000 pendatang Israel menganjurkan perarakan ke arah pos “Avatar”.

Penunjuk perasaan Palestin mengibar bendera, melaungkan slogan menentang Israel, membakar tayar dan membaling batu ke arah tentera Israel yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan mereka, menurut sumber.

Jurucakap presiden Palestin dalam satu kenyataan akhbar berkata Palestin mengutuk perarakan pendatang di Tebing Barat yang turut disertai menteri Israel.

“Tindakan peneroka menceroboh tidak akan mengubah hakikat bahawa ia tanah Palestin dan akan kekal begitu dan pencerobohan yang dibuat secara kekerasan tidak memberikan mereka hak,” katanya.

Baca lain  Trump didakwa bayar wang untuk tutup mulut

Abu Rudeineh berkata Israel bertanggungjawab atas serangan pendatang dan tentera Israel ke atas Palestin manakala pendirian “berdiam diri AS menggalakkan lagi pendudukan (Israel).

Perarakan itu berlaku di tengah-tengah keganasan yang semakin memuncak antara Israel dan Palestin, yang dicetuskan oleh serbuan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa minggu lalu.

Serbuan itu berlaku pada Ramadan dan ketika orang Yahudi menyambut perayaan Paskah. – Bernama/Xinhua

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali