Trending

Rayuan diterima, lelaki terlepas tiga sebatan miliki dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Mahkamah Tinggi hari ini menerima rayuan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun lima bulan dan tiga sebatan kerana memiliki dadah lima tahun lalu.

Hakim Alwi Abdul Wahab membenarkan rayuan tertuduh Chia Heng, 36, selepas mendengar hujah daripada penguamnya dan pendakwaan sebagai responden.

Chia Heng disabit hukuman dua tahun lima bulan dan tiga sebatan di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(1) Akta yang sama oleh Mahkamah Sesyen Kota Samarahan pada 19 Febuari lepas atas kesalahan memiliki dadah jenis Methamphetamine.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditangkap di sebuah rumah beralamat di Taman Merdang Gayam, sekitar jam 2.15 petang, pada 21 Febuari 2017.

Hasil serbuan, pihak polis mendapati terdapat satu plastik lutsinar berisi bahan kristal jernih yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 5.28 gram.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan pihak pendakwaan memohon enam orang saksi untuk memberikan keterangan bagi membuktikan kes prima facie.

Tertuduh kemudian gagal menyangkal bukti pihak pendakwaan dan seterusnya disabitkan kesalahan. Dia kemudian tidak berpuas hati dan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan terdapat kelebihan dalam rayuan tertuduhan terutamanya berkenaan bahan bukti tahanan, pengawalan dan pemilikan dadah yang dirampas oleh pihak penguat kuasa tidak dipertimbang dan dinilai dengan tepat oleh Mahkamah Sesyen.

Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa beg hitam yang dipercayai mengandungi dadah ditemui semasa tertuduh sedang tidur di dalam sebuah bilik yang masih dalam proses pengubahsuaian serta senang untuk diakses oleh penghuni lain dan pekerja pembinaan, walaupun pada masa itu, hanya tertuduh sahaja berada di bilik bekenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ronie Entili manakala tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim dan Nuratikah Kulah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru