ARTIKEL

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada melihat mayatnya, kata sekutunya pada Rabu.

Lyudmila Navalnaya ke penjara terpencil IK-3 tempat anaknya meninggal dunia, tetapi ketika tiba sejak Sabtu, dia dihalang daripada melihat mayatnya.

Pada Selasa, dia merayu kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk membebaskan mayat anaknya.

Agensi berita TASS melaporkan mahkamah menerima aduan perbuatan haram dan perbicaraan bakal berlangsung secara tertutup.

Pasukan Navalny di media sosial berkata, mahkamah di bandar Artik Salekhard mempertimbangkan kes itu pada 4 Mac iaitu lebih dua minggu selepas lawan Putin meninggal dunia.

Pada Selasa, Lyudmila Navalnaya bersuara berhubung kematian anaknya, menyeru Putin membenarkan dia melihat mayat anaknya yang disiarkan melalui video.

“Saya merayu kepada anda, Vladimir Putin. Penyelesaian kepada isu ini hanya bergantung kepada anda.

“Biar saya berjumpa dengan anak saya.

Saya menuntut agar mayat Alexei dibebaskan segera supaya dapat saya mengebumikannya dengan cara berperikemanusiaan,” katanya.

Baca lain  Meninggal dunia di rumah: Pengurusan Jenazah Dalam Tempoh Wabak dan Pematuhan Hukum Syarak

Balu Navalny, Yulia Navalnaya, turut menyuarakan seruan itu, menuntut pihak berkuasa membenarkan mendiang suaminya dikuburkan dengan penuh maruah.

Putin tidak mengulas atau memberi respons, malah pemimpin lama Rusia itu terus membisu berhubung kematian lawan politik utamanya di penjara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa