ARTIKEL

Razarudin buat lawatan mengejut di IPD Nilai, lokap balai Polis Mantin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membuat lawatan mengejut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan.

Lawatan mengejut itu susulan tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kajang pada Sabtu lepas bagi memantau sendiri operasi harian barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Razarudin dalam kenyataan melalui akaun TikTok rasmi beliau hari ini berkata tinjauan mengejut itu bukan untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, namun ia lebih kepada memberi teguran serta memperbetul amalan tugasan supaya tidak tersasar daripada landasan pasukan.

“Sama-sama kita betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, insya-Allah,” katanya.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan

Oleh Noraizura Ahmad KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah memasuki lebih dua

BERITA TERBARU

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri