Razi mahu pusat vaksinasi dibuka lebih hampir dan mudah didatangi orang ramai

BETONG: Kerajaan diharap dapat menyediakan pusat vaksinasi yang lebih dekat bagi memudahkan penduduk yang akan menerima suntikan pada fasa kedua.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam memberitahu, ada sesetengah kawasan di Dun Saribas agak jauh dari Betong. “Jika pusat vaksinasi hanya di Betong, ini memaksa penduduk pergi agak jauh.

Justeru saya mengharapkan pusat vaksinasi misalnya di kawasan Dun Saribas lebih dekat dengan penduduk… maksudnya di Dun Saribas, pusat vaksinasi boleh dibuka di Pekan Debak dan Spaoh… tidak perlu mereka ke Betong, saya rasa itu lebih memudahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer Biontech di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Apr 2021

Suara Sarawak