Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Razi Sitam ikrar pikul tanggungjawab demi masa depan generasi muda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Adun Saribas Mohamad Razi Sitam berikrar tanggungjawab yang digalas beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera untuk sesi 2022 hingga 2025 akan dilakukan sebaiknya untuk rakyat khususnya generasi muda.

Katanya, amat penting buat beliau memperoleh amanah ini dalam membawa generasi muda terus bersama PBB menerusi keahlian berusia 18 hingga 28 tahun (1828) selain fokus utama iaitu pelaksanaan Undi18.

“Kerajaan persekutuan telah memutuskan pengundi berumur 18 tahun sudah boleh untuk mengundi. Ini bermakna pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, pengundi berusia 18 tahun ke atas akan pertama kali menyatakan undi mereka kepada calon pilihan.

“Justeru kita mahu menerusi PBB ini, ia akan menjadi parti yang bertunjangkan kepada parti yang menjaga generasi muda sekali gus menepis sangkaan dan tanggapan bahawa golongan muda ini akan tersisih daripada parti terbesar di Sarawak ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) PBB Sayap Bumiputera untuk sesi 2022 hingga 2025, Razi memperoleh undi kedua tertinggi dengan 860 undi.

Menjelas lanjut, Razi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti berkata bahawa apa yang telah dirancangkan melalui 1828 adalah satu langkah yang baik.

Justeru beliau berharap agar semua generasi muda yang berusia 18 tahun ini untuk menyertai PBB kerana baginya parti ini berfungsi secara menyeluruh kepada Bumiputera, parti pesaka selain daripada komponen parti di Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Adun Saribas Mohamad Razi Sitam bercakap dalam sidang media di BCCK, hari ini.

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News