ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

RCI Batu Puteh bagi tambah baik isu kedaulatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah penambahbaikan berkaitan sebarang isu membabitkan kedaulatan negara dan bukan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Johor, wajar diberi penjelasan mengenai sebab dan faktor sebenar yang mendorong keputusan untuk tidak meneruskan Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Perkara sebegini tidak patut berulang lagi pada masa hadapan. Rakyat Malaysia berhak tahu perkara sebenar dan alasan di sebalik keputusan ini.

“Ini soal hak dan kedaulatan negara, di mana salah dan silap?

Siapa yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah menyebabkan Malaysia kehilangan hak ke atas Batu Puteh?

Adakah prosedur and proses perundangan telah dipatuhi,” katanya pada sesi penerangan menteri di Kamar Khas di Bangunan Parlimen semalam.

Beliau berkata persoalan lain termasuk siapa yang menasihati pihak kerajaan pada waktu itu (2018) memandangkan Peguam Negara ketika itu sedang bercuti.

Azalina turut mempersoal sama ada Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai perkara itu dan keputusan Jemaah Menteri diperoleh serta sama ada Kerajaan Persekutuan ketika itu telah merundingi Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Raja-Raja untuk mendapatkan persetujuan mereka kerana ia adalah isu tanah serta hal ehwal wilayah sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata semua persoalan yang dibangkitkan belum terjawab secara jelas dan nyata sama ada melalui siasatan dalaman atau siasatan oleh Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (PPK) yang ditubuhkan pada 22 Dis 2021.

“Sehubungan itu, jelas bahawa terdapat keperluan bagi siasatan menyeluruh dilaksanakan bagi mengkaji pengendalian semua perkara berkaitan dengan perkara ini, secara khususnya dari aspek perundangan termasuk aspek tort misfeasans sebagai hala tuju ke hadapan agar langkah-langkah yang sewajarnya boleh diambil oleh pihak kerajaan terhadap mana-mana pihak dan individu yang dikenal pasti,” katanya.

Azalina berkata Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang hal ehwal yang membabitkan soal hak, kedaulatan dan maruah negara.

“Perdana Menteri sendiri pernah memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan terus berjuang habis-habisan demi melindungi dan memelihara kepentingan serta kedaulatan Malaysia pada setiap masa,” katanya.

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar