ARTIKEL

Realisasi inisiatif ekonomi hidrogen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar mengadakan perbincangan lanjut berkaitan projek hidrogen hijau (H2biscus) yang dijangka berpotensi menjadi inisiatif perintis berskala global.

Usaha itu disahkan oleh Timbalannya, Datuk Dr Hazland Abang Hipni menerusi satu kenyataan dengan mendedahkan pihaknya menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Biro Dasar Ekonomi Hidrogen Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga Korea Selatan, Park Chan Ki.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan wakil daripada Korea Selatan semasa kunjungan hormat bagi acara CERAWeek di Houston, Texas pada 19 Mac yang lalu.

“Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada projek hidrogen hijau H2biscus yang berpotensi menjadikan Sarawak menjadi inisiatif perintis berskala global.

“Kami juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam usaha merealisasikan inisiatif ekonomi hidrogen, di samping menekankan kepentingan projek H2biscus dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Sarawak,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat itu turut menyerlahkan semangat kerjasama dan komitmen ke arah memajukan penyelesaian tenaga mampan.

Di samping itu, ia dijangka memupuk pertumbuhan ekonomi, sekali gus menandakan satu langkah penting ke hadapan dengan meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam landskap ekonomi hidrogen global.

Baca lain  Bank Negara cari penyelesaian kukuhkan ringgit 

Projek H2biscus mewakili usaha kerjasama antara Kerajaan Sarawak, melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy Sdn Bhd dengan Korea Selatan diwakili industri SAMSUNG Engineering, LOTTE dan Korea National Oil Corporation (KNOC).

Kunjungan hormat itu turut disertai Sinae Sung dari Pejabat Konsulat Agung Republik Korea di Houston, wakil KOC, Jang Jin Hwan dan wakil Samsung Engineering, Park C.H.

Sementara, delegasi Sarawak turut diwakili oleh Robert Hardin dari SEDC Energy Sdn Bhd dan Datuk Adrian Ching dari Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland