ARTIKEL

Rebat elektrik RM40 sebulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemberian rebat elektrik akan diteruskan sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar, dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.


Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024, hari ini.


Selain itu, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
Berhubung subsidi bagi bekalan elektrik, Anwar berkata kerajaan sudah pun melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bermula tahun ini.


“Pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion ringgit.


“Namun, kerajaan masih menanggung subsidi elektrik RM16 bilion untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).


“Kerajaan akan terus menambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar mengikut tahap penggunaan elektrik,” ujarnya sambil menambah, keputusan ini memberi isyarat tepat kepada pengguna untuk mempraktikkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik seharian.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais