Trending

Rebut peluang isytihar pendapatan tanpa penalti LHDN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pembayar cukai yang kurang atau terlepas melaporkan cukai pendapatan boleh tampil bagi mengemas kini status pematuhan cukai melalui Program Pengakuan Sukarela tanpa menghadapi sebarang penalti.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, program yang akan bermula dari 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 itu membolehkan pembayar cukai mengisytiharkan pendapatan secara sukarela.

“Program ini memberi peluang kepada pembayar cukai sama ada baharu atau sedia ada, yang rasa ada pendapatan mereka terkurang, tersilap atau terlepas dilaporkan , untuk tampil secara sukarela mengemas kini status pematuhan cukai mereka dengan melaporkan pendapatan penuh dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sepanjang tempoh setahun itu, pembayar cukai yang tampil akan diberi pengampunan 100 peratus ke atas penalti atau pada kadar sifar peratus. ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Sarawak 2023 di sini, malam tadi.

Menurutnya, pihak LHDN akan menerima segala maklumat yang dikemuka dan dilaporkan tanpa soal siasat dan audit lagi.

“Bermakna kita tutup laporan untuk tahun-tahun berkenaan. Jadi kita menyeru semua pembayar cek untuk mula mengumpul maklumat mereka dan mula melaporkan bermula 1 Jun kelak.

“Mereka yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi atau tampil ke mana-mana pejabat cawangan LHDN di seluruh negara,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru