ARTIKEL

Rebut peluang pelaburan di Nusantara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NUSANTARA: Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin meninjau tapak pembangunan ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur.

Sempena lawatan kerja tiga hari sejak Isnin, Syed Md Hasrin (gambar) yang mengetuai delegasi dari kedutaan di Jakarta dan konsulat di Pontianak disambut wakil Otorita Ibu Kota Nusantara (OIKN).

Dalam lawatan itu, beliau turut ditemani Pengarah Urusan Maxim Global Bhd, Tan Sri Gan Seong Liam, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Bhd, Lee Chun Fai dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology.

“Pembangunan IKN sedang rancak berjalan seperti diarahkan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dengan perasmian diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia pada Ogos depan dan ribuan undangan bakal datang untuk melihat sendiri perkembangan IKN,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Sempena lawatan kerja itu, beliau turut disertai Pegawai Perhubungan Keselamatan, ACP Zakaria A Rahim; Penasihat Perdagangan Suresh Kumar, Penasihat Konsular dan Imigresen, Mohamad Nurzaini Kasi; Penasihat Buruh, Nurul Jiana Mohd Jamel dan Penasihat Kastam, Ahmad Talib.

Baca lain  Pelajar jadi ‘runner’ terima upah seikhlas hati

Anggota lain delegasi ialah Setiausaha Pertama (Hal Ehwal Agama) Mohd Shamsuri Ghazali; Penolong Atase Pertahanan, Lt Kol Aznan Alias; Setiausaha Pertama (Pendidikan), Zulfadhli Hamzah dan Setiausaha Kedua (Ekonomi), Fakhrul Arifin Mohammad Zulkifly.

Syed Md Hasrin sekali lagi menggesa agar syarikat Malaysia terutama dari Sabah dan Sarawak merebut peluang pelaburan di IKN serta berkongsi pengalaman, sekali gus menyumbang kepada hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara khususnya sebagai negara tetangga.

Sebanyak 21 surat hasrat (LOI) daripada syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan IKN diserahkan kepada OIKN, katanya.

Timbalan Pembiayaan dan Pelaburan OIKN, Agung Wicaksono mengalu-alukan lawatan duta besar serta beberapa syarikat Malaysia yang mengemukakan cadangan dan menjalankan kajian kemungkinan untuk pembangunan perumahan dan pendidikan untuk penjawat awam yang berpindah dari Jakarta ke IKN.

“Kami di OIKN sangat bangga dan gembira dengan kehadiran duta besar serta syarikat Malaysia kerana ini dapat dikatakan kali pertama seorang duta besar datang bersama wakil-wakil syarikat bukan sahaja hanya untuk meninjau tetapi sudah berkomitmen untuk melabur,” katanya.

Baca lain  PM, Grab bincang potensi pelaburan

Beliau menjelaskan pelaburan syarikat Malaysia di IKN sesuai dengan amanat Presiden Jokowi yang projek ini dibangunkan melalui pelaburan.

IKN bakal dirasmikan pada 17 Ogos ini sebagai ibu kota baharu menggantikan Jakarta.

Perasmian itu bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke79.- Bernama

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

Sasar latih 10,000 usahawan

CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang dilatih di seluruh negara pada tahun lepas. Menteri Pembangunan

Perkukuh keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF). MoF menerusi hantaran di laman rasmi media

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi