ARTIKEL

Rebut peluang sertai kursus kemahiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk memastikan lebih ramai penduduk di luar bandar berpeluang mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan.

Wakil Pengarah KEMAS Sarawak, Fatimah Rosli berkata, KEMAS cukup sinonim dengan kelas kemahiran dandanan diri, masakan, jahitan dan latihan komputer.

“Tujuannya menyediakan masyarakat dengan ilmu kemahiran yang dapat menambah sumber pendapatan.

“Justeru, saya berharap masyarakat luar bandar merebut peluang dan KMKK perlu memainkan peranan dengan menguar-uarkan peluang kepada anak buah masing-masing.

“Lagi bagus jika KMKK dapat menjalin kerjasama erat dengan KEMAS yang berdekatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan Kursus Quik Wins di Hab Kecantikan, Pusat Kegiatan Masyarakat di sini, semalam.

Jelasnya, kursus dandanan diri yang dilaksanakan bermula 15 Mei lalu dan berakhir semalam disertai 10 peserta dari DUN Saribas, Bukit Saban dan Layar.

Beliau turut berharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memulakan perniagaan dalam bidang solekan.

“Jangan cepat berpuas hati dengan ilmu yang ada. Saya menyarankan supaya pertingkatkan kemahiran dari semasa ke semasa daripada agensi lain juga.

“Hal ini penting agar kita dapat melipatgandakan usaha untuk terus meneroka pelbagai bidang lain.

“Sebagai seorang jurusolek, kita perlu memiliki pelbagai ilmu kemahiran, di samping tahap kesabaran, semangat tinggi agar tidak kalah dengan cabaran.

“Ingat, pemikiran sempit misalnya enggan berkongsi idea dan ilmu dengan orang lain perlu dielakkan, ia merugikan diri sendiri,” ujarnya.

Sepanjang kursus, peserta dibimbing oleh Pemaju Masyarakat Dandanan Diri, Masturina Edora, selain penceramah jemputan dari Pejabat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Betong.

Peserta turut disediakan kelengkapan alat solekan.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Debak, Muhammad Hafiz Kepli; Penolong Pegawai Kemahiran dan Komuniti Kemas Betong, Kumpang Tutong serta barisan KMKK.

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU