KUMPULAN K-Pop, Red Velvet dilaporkan membuat kemunculan semula menerusi album studio ketiga mereka pada November ini.
“Red Velvet mempersiapkan album studio penuh dengan matlamat untuk dikeluarkan pada November.
“Dengan itu, Red Velvet mengeluarkan album studio penuh ketiga selepas studio penuh kedua mereka pada 2017,” menurut SM Entertainment.
Selepas debut pada 2014, Red Velvet mengeluarkan beberapa lagu hit termasuk Ice Cream Cake, Dumb Dumb, Russian Roulette, Feel My Rhythm dan banyak lagi.