ARTIKEL

Uggah ketika menerima kunjungan hormat Skuad Kecemasan dan Dron Radio, Sarawak(REDS) diketuai oleh Datuk Khirudin Drahman Hussaini.

REDS, JPNS jalin kerjasama strategik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kecemasan dan Dron Radio, Sarawak (REDS) komited untuk menjalin kerjasama strategik dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya ketika berdepan situasi bencana.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman Hussaini, ia bagi memastikan perkhidmatan dan bantuan dapat digerakkan pada bila-bila masa.

“Komunikasi radio sangat membantu untuk menjangkau kawasan pedalaman yang belum mempunyai liputan selular. Selain itu, komunikasi radio dan penggunaan dron sangat penting dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Justeru, kami mahu mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak menerusi JPBN bagi meningkatkan lagi keupayaan dalam sebarang operasi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi JPBN di sini, hari ini.

“Kami mahu memperkukuhkan lagi kerjasama ini dari segi kemampanan kerana JPBN mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keupayaan operasi SAR di Sarawak.

“Dalam kapasiti saya sebagai penasihat kepada REDS, kami membuat kunjungan hormat kepadanya adalah bagi memberi taklimat mengenai peranan dan fungsi persatuan ini.

“Sehubungan itu, kami memohon persetujuan Uggah untuk membolehkan kerjasama ini dijalinkan supaya operasi SAR dan bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,” jelasnya.

Tambahnya, ia juga sebagai sebahagian peningkatan kualiti perkhidmatan kepada rakyat di seluruh pelusuk negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi REDS, Lai Chau Leong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu