REEN Rahim atau Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui dirinya sepanjang berusia lebih 34 tahun tidak pernah bangun sahur.
Kehidupan Reen berubah sekelip mata selepas berkahwin, dia harus bangun awal untuk masak makanan sahur suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Pelakon itu berkongsi video membangunkan suaminya yang lena tidur untuk sahur bersama-sama.
Video tersebut tular di media sosial TikTok dan mendapat pelbagai reaksi warganet.
Reen selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim pada 24 Disember 2022 di Boraombak Marina, Putrajaya.