ARTIKEL

Sagah berucap pada Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 semalam. - Foto UKAS

Reformasi pendidikan Sarawak dipacu literasi digital dan kecekapan dwibahasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Literasi digital dan kecekapan dwibahasa ditekankan oleh Kerajaan Sarawak dalam usahanya untuk membuat pembaharuan dan meningkatkan taraf pendidikan di wilayah ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, bagi mencapai matlamat tersebut, Program Dwibahasa (DLP) Sarawak dimulakan pada 2020.

Beliau berkata program ini telah diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka berlanjutan hingga Tahun Lima di sekolah rendah kebangsaan menjelang 2024.

Sagah melawat pameran Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 semalam. – Foto UKAS

“Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dwibahasa dalam kalangan pelajar, dan menyediakan mereka untuk menghadapi dunia global di mana kemahiran dwibahasa merupakan aset yang tidak ternilai.

“Penguasaan bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu akan membuka banyak peluang kepada pelajar kita, baik dalam pendidikan lanjutan mahupun dalam kerjaya masa depan mereka,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di sini semalam yang disempurnkn oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sagah turut menjelaskan bahawa komputer Raspberry Pi turut dibekalkan ke semua sekolah rendah sejak 2021.

“Peranti kecil tetapi berkuasa ini memberikan pendedahan awal kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), selain memupuk kemahiran dalam pengekodan dan pengaturcaraan dalam kalangan pelajar muda kita.

“Matlamat jangka panjang kita adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar agar meneruskan STEM dan inovasi di peringkat menengah atas dan pengajian tinggi,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya