ARTIKEL

Regan, Mendoca sandaran  utama Sarawak United FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUA tonggak import, Taylor Regan dan Sandro Mendoca akan menjadi sandakan utama skuad Sarawak United FC (SUFC) memburu kejuaraan Liga Premier 2021.

Menurut jurulatih Sarawak, E. Elavarasan, pengambilan Regan adalah berdasarkan pengalamannya bermain di peringkat tertinggi Liga Australia serta dua tahun dalam saingan Liga Super. 

“Kebolehan dan kepimpinannya membuatkan Taylor sesuai dengan pasukan. 

“Manakala Mendoca kaya dengan pengalaman dan merupakan antara tonggak import yang mewarnai Liga Malaysia sebelum ini,” ujar Elavarasan. 

“Pasukan memerlukan pemain yang boleh bersuara dan memimpin di bahagian tengah,” katanya. 

REGAN… Pertahanan.

Regan merupakan bekas kapten Selangor 2020 dan persah menyertani Negeri Sembilan.

Manakala Mendoca merupakan bintang Selangor dan Kedah.

Selain itu, bintang Korea Selatan, Lee Chang Hoon yang pernah menyertai Pulau Pinang bakal bergandingan dengan penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo untuk meledakkan jaringan demi jaringan.

Turut membentuk kekuatan SUFC ialah pemain pertahanan handalan, Mohamad Amer Saidin. 

“Saya teruja untuk bersama dengan skuad ini. Elavarasan telah mengumpul pemain muda dan berpengalaman yang membuatkan saya yakin pasukan boleh mencapai kejayaan pada musim depan,” kata Amer.

Elavarasan juga sedang giat untuk mencari anak jati Sarawak bagi memantapkan barisan serangan di samping Norshahrul, Christie Jayaseelan dan R. Gopinathan. 

MENDOCA… Tengah.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU