ARTIKEL

Suasana meriah dengan kehadiran orang ramai di Tebingan Sungai Marudi bagi menyaksikan Regata Baram 2023

Regata Baram kembali, Tebingan Sungai Marudi meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Tebingan Sungai Marudi kini kembali hidup serta meriah dengan penganjuran Regata Baram kembali lagi pada tahun ini setelah sekian lama tidak dianjurkan.

Walaupun dilangsungkan pada hari bekerja, ia bukan halangan untuk pengunjung menyaksikannya dan berjaya meraih sambutan sama seperti suasana pada hujung minggu.

Hasil tinjauan Suara Sarawak pada hari kedua program tersebut diadakan hari ini menyaksikan orang ramai berpusu-pusu datang ke kawasan tersebut bermula seawal jam 6 pagi bagi menyaksikan acara berprestij berkenaan.

Kebanyakan para peserta yang bertanding dalam acara tersebut dilihat bersemangat hadir ke tebingan sungai seawal jam 6.30 pagi semalam untuk memeriksa keadaan bot sebelum bertanding.

Setakat jam 7 pagi semalam, pekan Marudi dibanjiri orang ramai sehinggalah ke kawasan Kubu Hose berdekatan dengan tebingan sungai tersebut.

Acara bermula seawal jam 10 pagi itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan ADUN Marudi Datuk Dr Penguang Manggil.

Program turut dimeriahkan dengan tawaran pelbagai gerai makanan, minuman dan kraf tangan disediakan kepada pengunjung.

Regata Baram 2023 diadakan selama empat hari bermula 28 September hingga 1 Oktober ini dengan menampilkan pelbagai sorotan aktiviti seperti pertandingan ratu cantik iaitu Miss Baram Regata dan Bintang Baram Regata anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia.

Para peserta memeriksa keadaan bot sebelum perlumbaan bermula

BERITA LAIN

BERITA TERBARU