ARTIKEL

Regu lelaki, wanita sepak takraw Betong bawah 16 tahun curi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan lelaki dan wanita bawah 16 tahun Program Pusat Pembangunan Elit Cemerlang (PP PEC) Sepak Takraw Saratok-Betong menjadi tumpuan selepas masing-masing berjaya meraih kedudukan tiga teratas dalam Pertandingan Sepak Takraw Jemputan Regu Belia 16 tahun ke bawah Kelab Sepak Takraw Satok di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Satok yang berakhir, pagi tadi.

Pasukan jemputan itu membuat kejutan apabila pasukan lelaki Betong A meraih gelaran johan ketika merebut kejuaraan menentang pasukan KBT A yang berlangsung di KSK Satok.

JUARA… Barisan pemain Pasukan Program Pusat Pembangunan Elit Cemerlang Sepak Takraw Saratok-Betong A bersama-sama pihak penganjur serta trofi dan medal diterima selaku juara.

Regu kendalian Fitri Ramzee Ramli mempamerkan aksi bernas dengan merangkul kemenangan terus pada set pertama dan kedua perlawanan dengan keputusan mata 21-12, 21-16.

Pasukan Betong B juga tidak menghampakan selepas sekadar berpuas hati merangkul tempat ketiga bersama dengan pasukan KBT B dalam aksi akhir pada Ahad.

BERSEMANGAT…Pasukan Wanita Pasukan Program Pusat Pembangunan Elit Cemerlang Sepak Takraw Saratok-Betong A menunjukkan pingat dimenangi.

Sementara itu bagi kategori wanita, pasukan Betong A terpaksa berpuas hati selepas tewas pada aksi akhir menentang pasukan Gegirl.

Manakala tempat ketiga bersama dirangkul oleh pasukan SSC Betong B dan pasukan tuan rumah Akademi Takraw Satok (ATAS).

Keputusan sekali gus menyaksikan keempat-empat pasukan jemputan jelas memberikan saingan sengit dalam kejohanan sepak takraw bawah 16 tahun.

Terdahulu, seramai kira-kira 13 pasukan telah bersaing dalam kejohanan berlangsung dua hari oleh Kelab Sepak Takraw Satok sempena pelancaran ATAS di lokasi sama.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi