ARTIKEL

Reka bentuk benteng hakisan pantai Kampung Batu 1 ditambah baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Reka bentuk projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Batu 1 di sini akan ditambah baik bagi mengatasi masalah serpihan kayu yang timbul di permukaan pantai.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, ini kerana masalah yang dihadapi menyukarkan bot-bot nelayan untuk turun ke laut mencari rezeki khususnya menjelang musim bubuk yang akan datang.

“Saya telah meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak bekerjasama dan menghantar satu kertas kerja untuk kelulusan mengubah suai sedikit reka bentuk projek tersebut kepada pihak konsultan yang terlibat.

“Pengubahsuaian ini adalah perlu bagi mengelakkan benteng hakisan daripada mengumpul serpihan kayu yang dibawa oleh ombak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan tinjauan ke projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1 di Kuala Baram di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar benteng yang dibina pada bahagian sebelah kiri dan kanan benteng pencegahan ombak perlu dialih dari kawasan asal.

“Benteng itu perlu dialih dari kawasan asal dan disambung kepada benteng pencegah ombak utama.

“Ia bertujuan memperkukuhkan lagi benteng tersebut, sekali gus menguatkan aliran air laut supaya serpihan kayu tidak akan tertimbun lagi ke bahagian pantai,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan bahawa projek berkenaan kini telah siap sebanyak 98 peratus, dan fenomena banjir kilat atau air pasang besar yang melanda tidak lagi berlaku setakat ini.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan