ARTIKEL

Kredit: China Media Group (CMG) | BERNAMA

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov.

Menurut Japarov, beliau turut melihat pembinaan rel itu sebagai praktik penting Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan Presiden Xi Jinping.

Perdana Menteri itu berkata rel berkenaan merupakan laluan paling pendek dari Shanghai ke Paris sekali gus menampilkan seluruh Asia Tengah sebagai laluan darat yang menghubungkan dua entiti utama dunia iaitu China dan Kesatuan Eropah (EU).

“Pembinaan rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bukan sahaja akan menjadikan Asia Tengah sebagai pusat pertembungan tamadun, tetapi juga hab bagi perdagangan dan logistik.

“Dengan bantuan rel itu, kami akan membina landasan kereta api di wilayah Kyrgyzstan dan menyiapkan stesen transit pertama untuk rel berkenaan bersandarkan kekuatan sendiri,” kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

China, Kyrgyzstan dan Uzbekistan pada 6 Jun telah memeterai perjanjian antara kerajaan mengenai projek rel yang menghubungkan ketiga-tiga negara.

Japarov berkata rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan akan membolehkan Kyrgyzstan mengoptimumkan sepenuhnya potensi transit dan beralih kepada sebuah negara yang dihubungkan dengan laut. — BERNAMA

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU