RELA Naim Kiew tabur bakti anjur program derma darah

SARIKEI: Seramai 70 penduduk menjayakan program derma darah sebagai khidmat bakti mereka kepada masyarakat selain menampung keperluan darah Hospital Sarikei.

Program Keharmonian Rakyat Setempat itu dianjurkan Pusat Komuniti RELA kawasan Nam Kiew.

Aktiviti khidmat sosial itu bertambah seri dengan kehadiran ADUN N45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Sehubungan itu, Huang berkata, penganjuran bertujuan menggalakkan masyarakat setempat terutama di kawasan Nam Kiew untuk menderma darah dan terlibat dengan program khidmat bakti kepada masyarakat.

“Saya memuji sikap RELA yang tidak lupa menjalankan khidmat sosial, menganjurkan program ini.Mereka bukan sahaja membantu menampung keperluan darah Hospital Sarikei tetapi juga menyelamatkan nyawa orang lain yang memerlukan.

“RELA menjayakan kempen bermula pada jam 8.00 pagi ini. Apa yang paling menggembirakan, mereka memberikan kerjasama yang cukup baik,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Beliau berkata, program bertujuan memberi peluang kepada penduduk agar dapat menyumbang khidmat sosial kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa RELA bukan hanya sebuah pasukan sukarela beruniform malah meliputi kehidupan sosial masyarakat.

“Sumbangan yang mereka hulur ini juga mampu menyelamatkan nyawa insan lain,” jelasnya.

 

Huang turut membantu menjayakan program.

 

Penduduk mengabadikan kenangan beramai -ramai bersama Huang.

 

Program anjuran Pusat Komuniti Rela Kawasan Nam Kiew.

Suara Sarawak