ARTIKEL

Remaja 14 tahun hilang ditemukan lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Penemuan beg sekolah di Jeti Kampung Terengganu, Teluk Intan, menjadi petunjuk seorang remaja yang hilang sejak semalam, akhirnya ditemukan lemas di Sungai Perak, semalam. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, berkata mayat remaja lelaki berusia 14 tahun itu dijumpai terapung 60 meter dari jeti tempat mangsa dipercayai jatuh ke dalam Sungai Perak oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.45 petang semalam. 

“Waris remaja terbabit telah mengesahkan identitinya setelah pengecaman dibuat oleh bapanya sendiri.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan pada jam 5 petang hari ini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Adnan berkata kira-kira 7.30 malam tadi, bapa mangsa telah menerima panggilan telefon daripada guru di sekolah mangsa dan menyatakan ada menerima beg sekolah mangsa daripada orang kampung yang dijumpai di Jeti Kampung Terengganu.

Menurut Ahmad Adnan mangsa tidak dapat ditemui dan disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Justeru, beliau berkata Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan berdekatan kawasan kejadian pada jam 9.30 malam semalam.

Bagaimanapun memandangkan cuaca gelap, katanya, gerakan SAR telah dijalankan pada 7.30 pagi semalam melibatkan agensi penyelamat membabitkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang tempatan.- BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu