Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Remaja 15 tahun dikhuatiri lemas mandi sungai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Anggota bomba menjalankan pencarian remaja yang dikhuatiri lemas di Kampung Rasan, Tubau.
Anggota bomba menjalankan pencarian remaja yang dikhuatiri lemas di Kampung Rasan, Tubau.

BINTULU: Seorang remaja berusia 15 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di sungai berhampiran jeti Kampung Rasan Tubau, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa DarrylsyVister Stella yang memakai seluar pendek berwarna hitam terjun ke dalam sungai tersebut untuk mandi.

“Berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa, remaja terbabit tidak pandai berenang.

“Oleh itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah pencarian pada permukaan air dalam radius tiga meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjun,” katanya.

SAR bagaimanapun ditangguhkan jam 8.45 malam tadi selepas mendapat persetujuan keluarga mangsa dan disambung hari ini.

Operasi pencarian diketuai Komander Operasi Polly Untang  dengan kekuatan lima  anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dan dibantu dua anggota polis dan 15 orang awam.

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru