ARTIKEL

Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

Remaja 17 tahun antara lima suspek ditangkap kes gaduh adik-beradik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Remaja berusia 17 tahun antara lima suspek lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah premis di Jalan Batu Kawa/Matang di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semua suspek berusia antara 17 hingga 42 tahun itu dicekup polis dalam Op Cantas di beberapa lokasi berasingan pada malam tadi.

“Penahan seorang suspek dilakukan di Skim Penempatan Desa Wira sekitar 9.10 malam, manakala kira-kira jam 11.30 malam, satu lagi tangkapan dilakukan ke atas dua suspek utama warga tempatan di Jalan Satok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kata Abang Zainal, polis turut menahan dua lagi suspek di sekitar bandar Kuching pada hari yang sama.

“Kesemua suspek direman di Mahkamah Kuching selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958,” ujarnya.

Tambahnya, semakan mendapati dua daripada suspek masing-masing mempunyai 15 dan 30 rekod jenayah lampau, antaranya berkaitan dadah.

Terdahulu, polis mengesan hantaran dua video tular pergaduhan di hadapan sebuah premis Jalan Batu Kawa-Matang di sini. 

Dalam video pertama menunjukkan sebuah kenderaan dipandu laju, manakala video kedua seakan-akan insiden pergaduhan beberapa orang individu yang dilihat dari jarak jauh.  

Sehubungan itu, Abang Zainal Abidin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 10.06 malam Khamis dan susulan laporan, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya dalam laporan pengadu berusia pertengahan 30-an, insiden dalam video tersebut melibatkan pergaduhan antara adik-beradik yang disertai rakan masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga