PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Remaja 17 tahun dihukum untuk berkelakuan baik selama dua tahun bagi kesalahan merompak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang remaja berusia 17 tahun dijatuhi hukuman berkelakuan baik selama dua tahun tanpa jaminan ibu bapa bagi menyempurnakan bon untuk menemani pesalah kanak-kanak melapor diri di balai berhampiran oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan merompak rumah bekas rakan sekerja, Mac lalu.

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda kerana merompak sepasang suami isteri di dalam kediaman mereka dengan meminta wang berjumlah RM10,000.

Kesalahan tersebut dilakukan di Taman Sri Perkasa Phase 22, Jalan Matang sekitar 9.00 malam, 14 Mac lalu.

Menurut fakta kes, mangsa menyedari kehadiran tertuduh yang menutup muka menggunakan baju di dalam sebuah bilik tidur bahagian belakang ketika baru balik dari luar.

Kemudian, tertuduh mengambil sebilah parang samurai hiasan milik suami mangsa yang diletakkan di dinding lalu menggacukan ke arah suami mangsa.

Pada masa yang sama, tertuduh juga memegang sebilah pisau pemotong sayur dan diacukkan ke arah mangsa lalu meminta wang berjumlah RM10,000.

Bagaimanapun, mangsa memberitahu bahawa tidak mempunyai sejumlah wang yang diminta oleh tertuduh. Mangsa juga berjaya memujuk tertuduh untuk membuka penutup muka kerana suara tertuduh seperti bekas rakan sekerjanya.

Tertuduh difahamkan terdesak mencari duit kerana tiada pekerjaan lalu melarikan diri dan meninggalkan sebilah parang samurai dan pisau di rumah mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru