ARTIKEL

Remaja 17 tahun ditahan jalankan judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang remaja ditahan polis disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian di sebuah kedai makan di Matang Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supritendan Aidil Bolhassan berkata, suspek, 17, berasal dari Petra Jaya ditahan sekitar 6.50 petang menerusi satu serbuan dijalankan oleh sepasukan polis Task Force IPD Padawan.

“Polis turut merampas seunit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM250 serta sekeping kerta bertulis angka-angka disyaki ID dan kata laluan judi atas talian,” katanya dalam satu kenyataan.

Aidil berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seorang remaja disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian ditahan polis di lokasi.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU