ARTIKEL

Remaja 18 tahun didenda miliki pil nospan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NOSPAN…tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman.

KUCHING: Seorang remaja lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki 8.83 gram nospan pada September tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun dari Kampung Buntal itu mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta yang sama dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia memiliki racun berbahaya itu di tepi Jalan Merbau, Pending, kira-kira jam 3.30 petang, 29 September 2022.

Jika sabit kesalahan, membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching telah menahan seorang remaja lelaki kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh menjumpai lima paket plastik lutsinar masing-masing berisi 12 biji pil berwarna putih disyaki pil nospan dalam beg silang tertuduh. jumlah keseluruhan pil yang dijumpai ialah 60 biji.

Barang rampasan kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis dan laporan mengesahkan bahawa bahan tersebut ialah Dextromethorphan iaitu bahan yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU