Trending

Remaja bijak siber

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MESKIPUN belajar dalam suasana terkawal di pusat tahfiz, pelajar tetap perlu akan ilmu dan panduan untuk melindungi diri mereka daripada ancaman dunia siber dan bahaya pornografi.

Oleh itu, Ketua Wanita Ikram Negeri Sarawak, Maimunah Ba’ee menyampaikan ceramah kepada pelajar di Maahad Tahfiz Raudatul Jannah bertajuk Remaja Bijak Siber dan Bahaya Pornografi.

Sekitar 20 pelajar menyertai sesi ceramah kali ini, mereka didedahkan dengan dunia siber yang tiada batasan.

Terdapat beberapa tip dikongsikan untuk memastikan keselamatan diri ketika melayari dunia siber.

Pelajar diperingat agar tidak mendedahkan maklumat peribadi secara sebarangan.

Lebih-lebih lagi kata laluan atau maklumat sensitif, ia hendaklah disimpan dengan selamat.

Selain itu, dengan membina kata laluan yang unik dan kompleks menyukarkan penjenayah siber menggodam akaun anda.

Pastikan komputer sentiasa dikemas kini dengan peranti antivirus perisian supaya kekal aktif.

Paling penting, hendaklah menyemak kesahihan laman sesawang yang dilayari, jangan klik atau kunjungi pautan yang tidak pasti kesahihannya.

Selain itu, peserta juga diperingat agar memahami punca dan kesan buruk sekiranya terjebak dengan pornografi.

Mereka diberi input akan kesan kerosakan otak sekiranya mengalami ketagihan pornografi.

Tip melawan nafsu juga dikongsi untuk panduan pelajar seperti sentiasa mengingati ngerinya siksaan Allah apabila melakukan maksiat.

Jangan mengulang semula maksiat sekiranya bertaubat dan membenci perbuatan tersebut.

Pengaruh rakan sebaya juga sangat hebat dan setiap individu hendaklah meninggalkan teman yang mempengaruhi kepada perkara melalaikan.

Akhir sekali, sentiasa menyibukkan diri dengan mengingati Allah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Malam Kesenian Islam

Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru