ARTIKEL

Remaja bunuh lima sekeluarga di Penajam Paser, turut rogol ibu dan anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PENAJAM: Pelaku remaja membunuh lima orang sekeluarga di Desa Babulu Laut, dikenali sebagai W berusia 34 tahun, SW (34), RJ (15), VD (10), dan ZA (2).

Memetik Okeone, lebih sadis, pelaku yang juga jiran mangsa turut merogol jasad ibu dan anak tersebut.

Ketua Polis Daerah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, AKBP Supriyanto, memberitahu media, bahawa pelaku pembunuhan dikenali sebagai J, berusia 16 tahun ditangkap pada Selasa lepas.

Polis turut menjumpai parang dan pakaian berlumuran darah yang mengarah bukti kepada pelaku.

Laporan menyebut, pelaku mengungkapkan kronologi pembunuhan sadis itu, yang bermula ketika pelaku berkumpul bersama teman-temannya dan minum arak pada petang Isnin lepas.

Pada jam 11.30 waktu setempat, pelaku dibawa pulang rakannya dan dari situ dia berniat membunuh mangsa dengan membawa pisau menuju rumah mangsa.

Motif pembunuhan disifatkan sebagai balas dendam dan sering bergaduh dengan mangsa.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang

KUCHING: Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi di sini, dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud. Tinjauan