Remaja cuba bunuh diri

SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai cuba membunuh diri di pondok menara Taman Jubilee Bukit Aup di sini, pada Ahad.

Menurut kenyataan daripada Angkatan Pertahanan Awam Sibu pada Ahad, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kes cubaan bunuh diri daripada pihak hospital Sibu pada jam 3.40 petang.

“Cubaan mangsa dengan menggantung diri dan terjun dari atas pondok menara di Bukit Aup tidak berjaya disebabkan tali jerutan terlepas,” jelasnya.

Kenyataan itu memberitahu, impak tindakan mangsa itu, dia mengalami kecederaan di bahagian leher dan pinggang.

Tambahnya lagi, mangsa telah diberi rawatan awal dan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan susulan.

Suara Sarawak