ARTIKEL

Remaja disambar buaya ketika menjala di Sungai Samariang Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun hilang selepas dipercayai disambar seekor buaya di Sungai Samariang Aman, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian yang dilaporkan oleh rakan mangsa itu berlaku kira-kira jam 4.27 petang.

“Menurut komander operasi ketika kejadian mangsa bersama-sama tiga lagi rakannya sedang memancing dan menjala di Sungai Samariang Aman, di sini.

“Salah seorang rakan mangsa memberitahu, kesemua mereka kemudian turun ke sungai kerana jala yang digunakan telah tersangkut.

“Mangsa yang ketika itu berada paling hadapan telah disambar buaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, rakan mangsa yang menyaksikan sendiri kejadian itu mengatakan mangsa seterusnya dibawa reptilia tersebut ke kawasan hulu sungai.

“Sehingga kini, operasi mencari mangsa sedang dijalankan,” jelasnya.

Katanya, seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta