ARTIKEL

Remaja diserang sakit jantung selepas divaksin terima pampasan di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SINGAPURA: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung di luar hospital enam hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID- 19 di sini, dan memerlukan rawatan intensif, kini semakin stabil, menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Remaja itu menerima dos pertama pada 27 Jun 2021 dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.

“Dia menunjukkan kemajuan yang baik dan dapat melakukan kegiatan seharian tanpa bantuan. Kemungkinan dia akan dibenarkan pulang dalam beberapa minggu lagi, tetapi perlu menjalani rawatan pesakit luar sebelum boleh kembali ke sekolah dan meneruskan aktiviti lain,” menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Hasil siasatan perubatan mendapati remaja tersebut mengalami miokarditis akut teruk yang menyebabkan serangan jantung yang berlaku di luar hospital.

“Miokarditis mungkin merupakan kesan sampingan yang serius akibat daripada vaksin COVID-19 yang diterimanya, ia mungkin disebabkan beban yang diangkat melebihi berat badannya ketika melakukan aktiviti angkat berat dan penggunaan kafein yang tinggi melalui minuman dan makanan tambahan tenaga,” menurut kementerian itu.

Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) oleh kementerian, bantuan sekali bayar sebanyak S$225,000 (RM703,000) telah diberikan kepada remaja berkenaan dan keluarganya.

Kementerian memaklumkan meskipun terdapat sedikit risiko miokarditis atau perikarditis berikutan pemberian vaksin, kadar kejadian tetap rendah pada 0.48 per 100,000 dos yang diberikan, berdasarkan pemantauan farmakovigilans yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

“Sebahagian besar telah memberikan tindak balas yang baik terhadap rawatan dan telah pulih atau keluar dari hospital,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian