MIRI: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi bersama-sama tiga rakannya di Pantai Kampung Gatas, Bekenu, semalam ditemui mati lemas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa, Shahrizan Amani Sepawi berusia 17 tahun dijumpai oleh penduduk kampung 20 meter dari jarak mangsa dilaporkan hilang jam 9 pagi tadi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang pada Sabtu, mangsa bersama-sama tiga rakannya mandi di pantai itu sebelum mangsa hilang dipercayai dihanyut ombak.
Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan oleh orang kampung.