Remaja lelaki berusia 20 tahun hilang selepas jatuh dari perahu semalam ditemui lemas oleh penduduk kampung rumah panjang di sungai Stubah, Bintangor sekitar 1 tengah hari tadi.
Mayat mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui sungai tersebut pada jarak anggaran 500 meter ke hilir sungai dari lokasi terakhir mangsa dikatakan jatuh.
Menurut PGO bomba Sarawak, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis di lokasi setelah selesai proses pengecaman daripada ahli keluarga mangsa.

Berita lanjut di https://suarasarawak.my/.