ARTIKEL

Remaja kacukan Filipina, Kanada hidupkan semula kisah Avatar: The Last Airbender di Netflix

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Penggemar serial Avatar dapat menonton filem aksi serial adaptasi komik dari produksi Nickelodeon ke pelantar Netflix yang sudah pun ditayangkan bermula 22 Februari lepas.

Pada 2005, pernah muncul siri Avatar The Legend of Aang di televisyen.

Versi filem aksi live berdurasi 1 jam 43 minit pernah ditayangkan pada 2010 yang dinilai di laman IMDb dengan 4/10.

Kini, serial petualangan fantasi ini mengisahkan seorang remaja dikenali sebagai Aang, 12, seorang Avatar yang harus menguasai semula empat elemen kerajaan; Udara, Air, Bumi dan Api yang pernah dikuasainya 100 tahun lalu, demi menyelamatkan dunia daripada bahana perang yang dicetuskan oleh negara Api.

Seperti yang disajikan dalam filem Avatar yang lepas termasuk komik asalnya, keempat-empat kekuatan Udara, Air, Bumi dan Api, sebelum ini hidup harmonis.

Sederetan karakter yang kompleks dan menarik
terhidang dalam serial lapan episod ini, memiliki kepribadian yang kuat dan menarik.

Dunia Avatar penuh dengan imaginasi menakjubkan
Termasuk cara empat negara ini menguasai seni pertahanan diri masing-masing.

Baca lain  Aku Yang Kau Sakiti Slot Samarinda TV3

Menurut sutradara, Jabbar Raisani, serial ini menggabungkan sejumlah set berukuran besar dengan kesan visual mengagumkan.

Avatar: The Last Airbender dipadukan dengan elemen aksi live dan kecanggihan teknologi VFX dan kesan CGI yang membuat filem tampak realistik.

Pemain watak utama, Gordon Cormier sebagai Avatar Aang, merupakan pelakon remaja asal Kanada kacukan Filipina.

Aang didampingi Katara pelakon Kiawentiio dan Sokka dibintangi Ian Ousley.

Terdapat lapan episod untuk Avatar: The Last Airbender musim ini, yang masing-masing berdurasi kurang sejam. 

Episod pertama berjudul “Aang”, episod kedua“Warriors”, ketiga “Omashu”, keempat “Into The Dark”, kelima “Spirited Away”, keenam “Masks”, ketujuh “The North”, dan episod terakhir “Legends”.

BERITA LAIN

Langit Dubai berwarna hijauselepas banjir besar

Beberapa kawasan di Dubai, UEA menyaksikan langitnya berubah warna hijau. Mengutip Express.co.uk, sebahagian penduduk di beberapa kawasan terpesona menyaksikan pemandangan langit berwarna hijau yang menakjubkan.

Inilah negara sekutu Iran

Siapa saja negara sekutu yang menyokong Iran? Lubnan: Terdpat proksi syiah Garda Revolusi Iran (IRGC) bernama Hizbullah menyokong Iran. Hizbullah berdiri sejak 1982 menjadi proksi

Rumah Salman Khan diserang

DUA penunggang motosikal melepaskan tembakan di luar rumah kediaman bintang Bollywood, Salman Khan, 58. Dilaporkan tiga das tembakan dilepaskan ke udara. Susulan kejadian itu, kawalan

BERITA TERBARU

RM10,000 nganti Kumang Gawai Betong 2024

BETONG: Pekit Kumang Bagi Menua Betong 2024 nesau bala indu dara bansa Dayak selampur menua Malaysia ke beumur 18 taun enggau tuai agi ngerebut perais

Jini ninga indai manjung tiga kali

KUCHING: Anak tudah ti dipelaba ditagup jagu ba Sungai Rayu, Jalai Selang Lundu kena Hari Tiga tu tadi bisi ninga indai iya manjung tiga kali