ARTIKEL

Remaja kantoi pamer aksi ‘wheelie’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Keterujaan seorang remaja mempamerkan kehebatannya melakukan aksi ‘wheelie’ membawa padah apabila dia berdepan denda, penjara dan hilang kelayakan lesen.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata lelaki berusia 17 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Setia Raja di sini, semalam.

Operasi dari jam 4 petang sehingga 11.50 malam itu melibatkan pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching dengan kerjasama Bahagian Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Daerah Kuching serta Balai Polis Tabuan Jaya.

“Suspek ditahan di bahu Jalan Setia Raja dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut kerana melakukan aksi ‘wheelie’.

“Sabit kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh didenda RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ahsmon berkata sebanyak 13 buah motosikal turut disita dalam operasi berkenaan atas pelbagai kesalahan seperti mengubah suai ekzos, struktur peralatan dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.

Katanya kesemua motosikal yang disita telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, beliau berkata sebanyak 50 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Sementara, Ahsmon berkata Balai Polis Tabuan Jaya telah mengeluarkan sebanyak 12 kompaun ke atas seorang wanita dan 16 lelaki kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan berkumpul di tempat awam.

Beberapa individu yang ditahan atas kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan, semalam.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian