ARTIKEL

Remaja lelaki ditahan curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang remaja lelaki ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di unit Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya, di sini semalam.

Suspek, 18 tahun ditahan kurang 24 jam setelah pemilik motosikal membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, suspek ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri kira-kira jam 11 malam, tidak jauh dari lokasi motosikal yang dilaporkan dicuri.

Beliau berkata polis turut menemui semula motosikal yang dicuri.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU