ARTIKEL

Remaja lelaki maut motosikal dilanggar kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Kota Samarahan – Asajaya (kawasan Kampung Tambirat).

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.20 malam tadi, ketika mangsa berusia 17 tahun itu dalam perjalanan dari arah Asajaya menuju ke Kota Samarahan.

“Semasa bergerak lurus, mangsa telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang tempatan berumur 32 tahun dari arah belakang.

“Kedua-dua kenderaan bergerak menuju ke arah yang sama iaitu ke Kota Samarahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, mangsa jatuh tercampak ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik akibat kecederaan pada bahagian badan.

Brodie berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU