ARTIKEL

Mangsa menerima rawatan dari petugas perubatan dan dikejarkan ke HUS.

Remaja lelaki maut, motosikal ditunggang terbabas dan dilanggar lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki maut ketika menerima rawatan di hospital akibat kecederaan dialami selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching-Samarahan Expressway, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi membabitkan mangsa berumur 18 tahun dan sebuah lori.

Motosikal mangsa mengalami kerosakkan pada bahagian hadapan.

“Mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Kuching menghala ke Kota Samarahan telah terbabas di tengah pembahagi jalan.

“Mangsa jatuh di atas jalan raya lalu telah dilanggar oleh sebuah lori yang datang dari arah yang sama menghala ke Kota Samarahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan ini, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan di bawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan telah disahkan meninggal dunia.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu katanya, polis menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya supaya fokus serta berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

Katanya, pengguna jalan raya juga diingatkan supaya tidak memandu kenderaan dengan melulu atau merbahaya kerana perbuatan ini amat merbahaya kerana perbuatan ini amat merbahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke