ARTIKEL

Remaja lelaki maut rempuh belakang kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta di Jalan FAC Matang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menjelas lanjut, beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 malam tadi, ketika kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun bergerak lurus menghala ke Kampung Selang Ulu.

“Semasa melalui Jalan FAC Matang, kereta itu tiba-tiba dilanggar oleh mangsa dari arah belakang di laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Abang Zainal berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah terutama di kepala kemudian dibawa ke HUS sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU