ARTIKEL

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa berada di bawah sebuah lori setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di lampu isyarat Tudan di sini semalam.

Remaja lelaki maut terlibat kemalangan di lampu isyarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam satu insiden kemalangan jalan raya di kawasan lampu isyarat Tudan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan sekitar jam 5.45 petang, semalam.

Katanya, kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 42 tahun, dan sebuah motosikal.

“Kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan telah berhenti di lampu isyarat Tudan dan apabila lampu isyarat bertukar hijau, lori telah meneruskan perjalanan tanpa menyedari motosikal yang berada di hadapannya lalu melanggar motosikal tersebut dan mengheret ke tengah jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan laporan tersebut, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Arif Hidayat Darman di talian 017-8290471 atau Balai Polis Trafik Miri di talian 085-433587 bagi membantu siasatan.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,