ARTIKEL

Remaja maut kemalangan, langgar penghadang jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun maut, manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di simpang Skim B, Meradong, semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superintenden Sekam Anoi berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Abang Mohd Zarithas Abang Isahak dari Kampung Paloh, Kabong meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa dari arah Sarikei menuju ke Sibu sedang bergerak lurus telah melanggar penghadang simen jalan di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak di tengah jalan dan menggelongsor sehingga melanggar belakang sebuah motosikal yang bergerak lurus,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa, kemudiannya, diserahkan ke pihak polis untuk tindak selanjutnya.

Manakala, mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Sarikei untuk rawatan.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU