
SERIAN: Remaja lelaki kurang upaya (OKU) ditemukan selamat selepas kira-kira sehari hilang di hutan Kampung Mongkos, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, 13, dijumpai oleh anggota bomba dan penduduk kampung pada jam 3 petang, kira-kira 1 kilometer dari rumahnya.
Katanya, mangsa dilaporkan hilang di hutan kampung berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sebelum empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan dua anggota Unit K9 digerakkan ke lokasi bagi mengenalpasti lokasi pencarian.
“Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Bunan Gega untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya punca mangsa hilang tidak diketahui.