Remaja patah kedua-dua kaki, terhumban dalam tanah runtuh

KAPIT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun patah di kedua-dua kaki selepas mangsa terjatuh dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong, di sini, hari ini.

Sementara itu seorang lagi mangsa, 20, cuma mengalami kecederaan di bahagian dahi.

Kedua-dua mangsa ketika kejadian berada di lokasi sebelum insiden tersebut tiba-tiba berlaku menyebabkan motosikal yang dinaiki mereka terhumban bersama runtuhan tanah.

Mengesahkan kejadian, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 9.40 pagi.

Menurut kenyataan itu kedua-dua mangsa telah pun menerima rawatan di Hospital Kapit sebelum dibenarkan pulang.

“Tanah runtuh itu dianggarkan berjarak 50 meter menyebabkan Jalan Melekun-Mujong terputus dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan daripada insiden,” kata kenyataan itu.

Terdahulu pihak Cahya Mata Sarawak (CMS) turut berada di lokasi bagi kerja-kerja membuat lencongan sementara untuk membolehkan laluan kepada kenderaan.

HANCUR…Keadaan tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong

Suara Sarawak